RSS

Video Memancing Tanjung Buai

 Video Memancing Tanjung Buai

Salam everyone..! Ini pula video yang aku buat khas untuk bebudak yang join projek mancing aku. Tapi kali ini kitoran pilih untuk bermalam kat atas kelong tengah laut pula untuk aktiviti memancing. tersangat best wooo..!! macam-macam ada, sebab astro takde kat kelong ni..haha. So far dah 3 kali gak aku menginap kat kelongtel merangkap Hotel takde tanah ni, hehe. Macam-macam pengalaman menarik dan gila-gila telah berlaku semasa di atas kelong. Antaranya aku telah berjaya menyangkutkan joran berserta dengan labu-labunya sekali ke dalam laut. Bahasa omputihnye, joran aku sangkut dan hilang sebab hanyut dalam laut bila ikan besar tarik, salah aku jugak sebab lupa ikat joran kat kayu kelong.. sob..sob..sob.. (nada orang menangis tahap nak kena penyepak kuat-kuat). So ini koleksi video memancing atas kelong yang sempat aku buat untuk tatapan aku jek.. korang2 sume takyah ar tengok.. menyebok jek nak join sekaki payung.. haha :D



Tapi seronok ar mancing atas kelong nie.. takdela nak mabuk laut sangat, takdela nak berpanas sangat dan takdela nak berembun sangat. mudah bicara boleh la segala-galanya. cuma tandas jela agak tak berapa nak ok sikit, sebab terlalu comel bagi orang mcm aku ni.. kahkahkah..!!

So pasni sape-sape yang rasa nak cuba-cuba mancing tu, aku sarankan korang cuba ar port-port macam kelong ni. kalau kat area Johor ni banyak kat belah-belah teluk sengat, sedili, pengerang, mersing dan area tanjung piai sana. jangan nak menggatal kaki pi kelong kat belah-belah pantai desaru plak.. sebab mana ada kelong kat desaru tu..kahkah..! lautan luas terbentang, kalau tali kelong putus korang hanyut sampai ke indonesia la, takpun sampai ke benua australia la gamaknye.. haha. padan muke..! Okay, ini semua ayat time aku baru mula-mula berjinak dengan mancing dulu. Sekarang ni ayat aku dah 'upgrade' dan pengalaman memancing pun dah banyak tempat. So, banyak lagi akan cuba aku tulis bila ada masa lapang dalam travelog kaki mancing ni.. Sekian ~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment