Cuti2 Melaka & Gunung Ledang
Suatu pengalaman yang pastinya sentiasa bermakna dalam jiwa seseorang yang amat gemarkan pengembaraan. Kali ini, destinasi pilihan untuk jalan2 adalah Bandaraya Melaka Negeri Bersejarah =) Melaka suatu nama yang amat sinonim dengan Warisan Sejarah yang berkurun lama dan amat terkenal sebagai negeri pelancongan.
Melaka
yang terletak tengah-tengah antara negeri Johor dan Negeri Sembilan
merupakan satu negeri yang amat pesat membangun dan sedang maju dengan
begitu cepat sekali. MELAKA memberi seribu satu kenangan dan pengalaman
buat diriku sepanjang belajar di SMS Muzaffar Syah (MOZAC) selama 5
tahun dulu.
Sekolah
berasrama penuh yang terletak di puncak bukit yang tersergam indah
setinggi 219m dari paras laut. Setiap minggu selepas solat jumaat kena
jalan kaki dari bawah sampai atas sebab bas tak larat bawa pelajar2 naik
atas. So terpaksa turun dan redah jalan kaki mendaki tangga sampai ke
asrama setiap minggu. Disitulah permulaannya di mana bakat dan ilmu aku
di asah sepenuhnya dan menjadi titik penting sehingga kejayaan yang aku
miliki kini =)
Eksplorasi
kali ini adalah bersama keluarga di samping jalan2 ke destinasi
pilihan. Melaka memang "Happening" dan kadang-kadang memang buat aku
pening dengan perubahan yang amat drastik dan struktur jalan yang
semakin banyak dan "signboard" yang bersepah di sana sini sampai
mengelirukan bagi orang-orang yang jarang ke Melaka.
Namun,
atas daya ingatan dan bantuan arah pandu dari kawan menggunakan
handphone, akhirnya berjaya juga sampai ke tempat di tuju iaitu Chalet
tepi laut yang berada disekitar merlimau dan medan ikan bakar umbai..
Memang
sesat2 gak sebab melaka semakin sibuk dengan banyak kereta. Sesampainya
di Melaka semalam dalam pukul 6, dan malam smlm pergi jalan2 kat Bandar
Hilir sambil mengikut arah "signboard" yang banyak dan kereta yang
penuh di setiap corong dan lorong yang gelap di segenap pelusuk Bandar
Hilir yang mana terletaknya Dataran Pahlawan dan A'Famosa.
Sambil
berjalan2 dan bershopping di situ, tak ketinggalan untuk berjalan2 kt
Bazaar Souvenir yang mana terletaknya pelbagai jenis cenderamata. Banyak
juga cenderamata yang sempat di beli sebagai kenang-kenangan walaupun
dah banyak souvenir2 dari melaka dulu. Namun kepuasan itu kembali sekali
lagi bila mana ianya berulang semula semalam.
Permandangan
Melaka memang amat cantik pada waktu malam, dengan suasana pengunjung
yang sentiasa ramai dan jalan yang sesak dengan kereta. Ianya amat
menakjubkan sekali tidak seperti 9 tahun yang dulu. Melaka amat cepat
berubah dan maju. Ianya seperti suatu bandar pelancong yang penuh dengan
souvenirs dan tempat-tempat menarik.
Tak
ketinggalan pakcik-pakcik pengayuh beca sentiasa memeriahkan jalan2
dengan perhiasan beca yang amat cantik dan menarik penuh dengan lampu2
warna-warni serta bunyi lagu setiap beca meriuhkan suasana malam.
Bagi
mereka yang gemarkan aktiviti melancong dan kembara, ianya pasti amat
puas sekiranya anda berkunjung ke negeri melaka. Suatu kepuasan yang
sukar untuk digambarkan dengan kata2 kerana terdapat pelbagai pilihan
dan lokasi menarik untuk dilawati.
Harga
yang dikenakan juga turut berpatutan untuk souvenirs tetapi korang juga
harus pandai menawar harga dan memilih kedai2 souvenirs tersebut kerana
terlalu banyak pilihan kedai untuk dikunjungi sehinggakan korang akan
keliru untuk memilih barang.
Melaka
juga terkenal dengan bazaar lain yang terletak berhampiran dengan
Dataran Pahlawan. Ianya umpama syurga pakaian dan barang2 souvenir buat
pengunjung. Lokasinya yang berhampiran antara satu sama lain membuatkan
pengunjung selesa dan sempat melawat banyak tempat hanya dengan berjalan
kaki.
Namun, Melaka dah semakin terkenal dengan kesesakan jalan yang amat
ketara di hujung minggu. Senang cakap, rancang perjalanan awal dan
elakkan daripada terlibat dalam kesesakan yang amat meletihkan ini.
Walau apepun, melaka memang "happening" untuk korang yang sukakan
melancong dan melawat tempat best-best kat Malaysia ni.
Chalet
tepi laut untuk kali ini tak lah terlalu mewah kerana banyak resort2
lain dah penuh di booking awal2. So terpaksa menginap di kawasan sekitar
Medan Ikan Bakar Umbai sebab berhampiran dengan lokasi asal tujuan ke
melaka. Mudah cakap, tak cari chalet atau hotel2 lain di sekitar bandar
melaka kerana lokasi tujuan adalah di sekitar umbai dan merlimau sahaja.
Tapi peluang untuk jalan2 ke bandar melaka tetap diteruskan kerana
Bandar Melaka tak lah terlalu besar cuma keadaan jalan yang sentiasa
sesak dengan kereta yang menjadikan melaka sebagai suatu kawasan yang
amat sibuk terutama di hari minggu.
Berhati-hati
dengan buaya2 kt melaka kerana mereka gemar menggigit jari orang, walau
apapun buaya2 ni tak merbahaya lagikan pula menyeramkan kerana mereka
sekadar replika dan mainan sahaja. Cuma sekiranya korang kaum perempuan
adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dari buaya2 darat hidup yang
kerap berlegar-legar di segenap ruang2 yang gelap lagi suram..
Oleh kerana dah tak tahu sgt jalan2 kt melaka sebab dah terlalu jauh
berbeza macam dulu, so mana kawasan yang sempat, kawasan tu jelah yang
kami kunjungi. Setelah puas jalan2 dan ronda2 negeri melaka kat bandar
hilir dan ayer keroh. So habislah perjalan ke MELAKA dan meneruskan
aktiviti ke destinasi seterusnya iaitu Gunung Ledang =)
Gunung
Ledang yang amat terkenal dengan sejarah Puteri Gunung Ledang merupakan
kawasan air terjun yang memang kerap di lawati oleh para pengunjung
yang gemarkan aktiviti mandi air terjun, berkhemah dan juga aktiviti
mendaki gunung.
Cuaca
yang agak panas membuatkan kami teruja untuk mandi kat air terjun yang
sejuk. Kawasan peranginan yang amat menarik dan bayaran untuk kereta
sebanyak RM2, dewasa RM1 dan kanak2 RM0.50 dan tandas untuk mandi
sebanyak RM0.30 memang merupakan satu harga yang amat berpatutan jika
dibandingkan dengan harga2 pusat peranginan kat tempat lain. Walaupun
dalam berpakaian kerja, namun di sebabkan teruja untuk mandi air terjun
Gunung Ledang bersama anak buah yang masih kecil dan melayan karenah
mereka, maka peluang itu memang tak di sia2kan oleh aku..
Walaupun
tak bawa seluar pendek (short) dan hanya berpakaian kerja, tanpa
berlengah terus aku terjun dalam air sambil pakai seluar kerja aku.
Tindakan luar kawal seperti ini kebiasaannya mmg amat sukar untuk
dijangka malah dibendung sejak lahir2 lg. Ianya keputusan drastik dengan
tiba2. Seronok bermain dengan budak-budak kecik dan pada masa yang sama
merasakan diri sendiri pun dah macam budak-budak kecik sama tanpa
pedulikan orang lain pandang yang tengok gelagat aku bersama anak2 buah
aku .. hehe =)
Memang
best bila mandi air terjun kat Gunung Ledang, dah lebih 3 kali aku ke
sini. Dan sudah pasti ianya pengalaman yang amat seronok untuk bersantai
bersama keluarga. Korang akan lebih cepat tergelak sakan sambil
berguling2 bila melihat gelagat budak-budak kecik mandi yang dah
sememangnya macam budak2 kecik mandi. Tapi bagi yang da tua2 tu,
takpelah sekali sekala boleh dimaafkan la yer =)
Air
terjun yang sejuk memang amat puas sekali sampai kami leka hinggalah
kedua-dua anak buah aku tu menggigil kesejukan baru kami naik dan
bersiap2 untuk pulang ke Johor. Percutian yang amat seronok lagi
bermakna buat semua. Menghabiskan masa terluang hujung minggu aku dengan
bercuti bersama keluarga. Itulah kelebihan buat mereka yang bekerja
sendiri dan terlibat dengan dunia bisnes =) Ianya pasti amat memberi
seribu kenangan manis dan amat berharga..
Walaupun
penat sangat2 sebab tak rehat2 memandu kereta dari petang semalam dan
berterusan memandu, akhirnya selamat juga ke Johor dengan selamat
walaupun tersekat dalam 2 jam dalam kesesakan lalu lintas kat highway
Yong Peng-Nusajaya malam tadi. Tak sangka plak H/Way tadi boleh sesak
sampai macam tu sekali. papepun it was a great memories yang sudah
pastinya tidak akan pernah dilupakan oleh diri aku yang juga merupakan
seseorang yang amat gemar melancong dan baru saja bergelar seorang "blogger boy" =) destinasi yang lebih menarik pada bulan akan datang yang sudah pastinya tak sabar2 untuk aku tunggu saat itu.. wait for me "Universal Studio"..!! Sekian ~
0 comments:
Post a Comment