Eksplorasi 2nd Link Tuas - Singapore
Dalam pengalaman eksplorasi kali ini, ingin saya kongsikan pengalaman yang berharga buat mereka yang gemarkan aktiviti memancing dan semestinya mereka yang inginkan suatu kelainan. Rata-rata para penggemar memancing sering teruja untuk mencari "port" baru memancing dan sudah pastinya kawasan yang banyak ikan. Tidak kira di anak sungai, di tengah laut, di kolam, atas bot dan juga tidak ketinggalan di bawah jambatan. Jambatan yang saya maksudkan ini pula bukan sembarangan kerana intipatinya amat menarik. lokasi pilihan kali ini adalah merupakan suatu lokasi yang terletak di sempadan negara iaitu antara perairan Johor dan Singapura di mana ianya dihubungkan menerusi jambatan yang digelar sebagai 2nd Link dan dipisahkan oleh pagar dalam air laut sempadan yang dikawal ketat oleh polis marin. Ramai kaki mancing sanggup berhempas pulas untuk datang ke kawasan ini semata-mata untuk memancing. Namun bagi saya, ianya merupakan suatu peluang keemasan dan juga pengalaman serta ilmu baru yang seharusnya tidak boleh dilepaskan.
Perairan
sempadan Johor yang terletak di Selatan Negara merupakan kawasan yang
popular dengan pelbagai aktiviti pelancongan serta kawasan menarik
serta bandaraya yang pesat membangun. Lokasinya yang bersebelahan
Singapura merupakan suatu checkpoint antara pelancong singapura dan
Malaysia selain pembangunan yang pesat di Nusajaya. Menceritakan
pengalaman memancing di bawah jambatan ini adalah yang pertama buat
saya. Sebenarnya pemilihan lokasi adalah dibuat tidak sampai satu jam
di antara saya dan rakan lain. Oleh kerana bekalan memancing dan
peralatan sememangnya tersedia didalam bonet kereta, ianya tidak
menjadi masalah besar. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 30
minit dari pekan Gelang Patah dan Nusajaya, anda boleh membuat pilihan
samada melalui lebuhraya Tuas-Singapore atau melalui jalan biasa untuk
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pendas. Perbezaannya cuma keadaan
jalan kampung agak berlubang dan tidak boleh memecut. Memecut ketika
memandu itu adalah bahaya..!!
Sesampainya
kami ke lokasi di Jeti Pendas, hujan turun dengan amat lebat sekali.
Sudah pastinya segala aktiviti bot tergendala seketika. Sambil menunggu
tuan punya bot memberi 'greenlight' kepada kami. Saya berehat di
restoran yang disediakan di jeti berkenaan. Ramai kaki pancing turut
berada di restoran tersebut, itu menunjukkan kawasan pilihan saya kali
ini memang popular di kalangan kaki pancing. Tidak rugi, kerana kami
dapat juga membeli ais ketul dengan harga RM4 sebungkus muat untuk di
masukkan ke dalam kotak polisterin bagi tujuan mengekalkan kesegaran
umpan dan juga hasil tangkapan. Setelah keadaan kembali cerah, aktiviti
menaiki bot bermula dan pemandangan indah mula kelihatan di sepanjang
perjalanan kami ke lokasi yang belum pernah saya sendiri rasai. Untuk
makluman, anda hanya perlu membayar RM20 untuk menaiki bot ke
tiang-tiang yang terletak di bawah jambatan. Namun, tiada hak istimewa
buat anda yang datang lambat. Kerana tiada istilah "booking" digunakan
di sini. Siapa cepat dia dapat..! Pemilihan tiang harus dibuat
seandainya tiang pilihan anda sudah penuh dengan pemancing lain yang
lebih awal. Namun anda boleh berada di bawah jambatan selama mana anda
inginkan dan bayaran RM20 tersebut ketika anda balik dan sampai ke darat
semula.
Selain
itu, anda hanya boleh memilih tiang mana yang masih kosong atau anda
inginkan mengikut citarasa anda sendiri seperti tiang di no 17 hingga 23
adalah merupakan kawasan yang paling popular kerana ikan besar yang
banyak. Cuma tiang no 19 dan 20 merupakan kawasan pulau. Saya kurang
pasti akan nombor-nombor tiang yang banyak ikan kerana tiang 16-23 tu
merupakan kawasan paling tengah dan dalam. Sudah pastinya ikan
besar-besar pun banyak. Pemilihan tiang yang berpulau adalah tidak
digalakkan kerana banyak batu-batu kerikil. Tapi andai anda bawa 100
biji batu ladung dan mata kail yang banyak, silakan mencuba =) kerana
mata kail anda akan sering tersangkut dengan batu kerikil yang banyak.
Suasana
di tengah pagi antara pukul 2 hingga 5 pagi amat menyejukkan sekali.
Saya sendiri tak tahan kerana kesejukan yang amat sangat. Angin kuat
yang bertiup membuatkan anda sendiri rasa macam berada di sebuah kawasan
seperti penjara kerana anda berada di tiang tersebut sahaja tanpa
boleh berjalan ke tiang lain. Namun, andai anda ingin pulang pada
bila-bila waktu anda boleh hubungi pengusaha tersebut untuk membawa
anda pulang ke darat. Bayaran tetap sama di kenakan. Rata-rata
pemancing yang datang hanya teruja untuk memancing ikan-ikan besar
sahaja seperti kerapu, pari, ikan merah serta jenis-jenis ikan lain
yang besar. Oleh itu, mereka kerap menggunakan apollo untuk menangkap
ikan tamban sebagai umpan ikan hidup dan kemudian dijadikan umpan untuk
menarik perhatian ikan yang lebih besar. Oleh itu, anda digalakkan
membawa umpan udang hidup dan membawa apollo untuk memancing ikan
tamban sebagai umpan. Anda pastinya akan teruja bila dapat menaikkan
ikan besar di sini..!
Perkhidmatan
sewa kelong tidak disediakan di sini kerana kebanyakan kelong
diusahakan oleh pengusaha Singapura yang tertumpu pada penternakan ikan
dalam sangkar. Mereka seterusnya akan menjual di Singapura sendiri,
cerdik kan mereka =) Walaupun anda berada di tengah-tengah tiang dan
jauh dari darat, namun keadaan di sini meriah sekali. Hampir kesemua
tiang dipenuhi oleh ramai pemancing yang datang dari pelbagai tempat.
Adakalanya, sampai 2 ke 3 kumpulan berbeza memancing di tiang yang sama.
Sudah pastinya kegilaan memancing itu turut di rasai apabila anda
dapat melihat pemancing di tiang sebelah menaikkan ikan-ikan yang
besar. Kadangkala ianya seolah-olah macam suatu pertandingan memancing
kerana tiada siapa ingin merasa kalah di sini...!
Dengan
cuaca yang panas, anda dapat mengelak sinaran matahari mengikut
pergerakan cahaya matahari. Kesimpulan nya tidak berapa panas cuaca di
bawah jambatan tersebut. Arus pasang surut kadangkala terlalu deras
diiringi angin yang kuat, oleh itu ramai pemancing mengambil kesempatan
untuk tidur dan berehat seketika. Pengurusan masa amat penting semasa
anda berada di bawah jambatan 2nd Link ini. Selain itu, di nasihatkan
untuk anda tidak makan atau minum dalam kuantiti yang amat banyak ini
kerana tiada tandas disediakan =) so, janganlah lama-lama sangat
memancing di sini ya..!!
Sesuatu
pengalaman baru yang pastinya amat berharga dalam hidup saya kerana
ianya merupakan pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama. Berbeza
dengan pengalaman memancing di atas kelong seperti pengalaman yang
lepas, terdapat perbezaan ketara seperti tandas, bilik dan juga dapur
turut tidak disediakan di bawah jambatan ini. Senang cakap segala
perbuatan anda dapat dilihat oleh rakan-rakan pemancing di tiang-tiang
lain bersebelahan. Rata-rata mereka tidur di atas lantai simen dan tidak
berbantal. Suatu kegilaan para pemancing, mungkin ya mereka sudah
gila..! namun bagi saya yang turut merasai pengalaman baru itu, ianya
adalah suatu penyeksaan..haha. Tidur di atas lantai dengan angin yang
amat sejuk hingga mengigil dengan tiada khemah untuk baring dan
berlindung. Anda pasti teruja..!
Sekadar
itu sahaja yang mampu saya kongsikan bersama buat mereka yang gemar
memancing dan ingin mengetahui pengalaman ini. Memancing di bawah
Jabatan 2nd Link adalah suatu pengalaman menarik dan pastinya tidak
mengecewakan anda sekiranya anda datang pada air pasang besar dan
sekiranya rezeki anda banyak, pastinya anda akan datang kembali ke
tempat seperti ini walaupun ianya suatu penyeksaan =) Teruskan
jalan-jalan dan penuhi tahun 2011 anda dengan melancong serta rasai
aktiviti pengembaraan anda sendiri. "Walaupun Suatu Pengalaman Pasti
Amat Berharga" .. Semoga banyak ilmu-ilmu baru serta pengalaman baru ini
bermanfaat buat anda semua yang dapat saya kongsikan kerana "Jauh
Perjalanan, Luas Pemandangan". Sekian :-)