Medan Ikan Bakar Senibong
Hari
ini saya ingin berkongsi tentang satu tempat makan yang menarik di
Johor Bahru. Tiba-tiba ingin berkongsi sebab saya baru balik makan di
medan ikan bakar Senibong. Menceritakan sedikit tentang apa yang menarik
di tempat ini, sudah pastinya pelbagai hidangan makanan laut ada disini
=) Lokasi kali ini memang amat digemari oleh warga Johor dan juga warga
Singapura yang inginkan suasana makanan laut yang amat menarik dengan
lokasi yang cantik, romantik serta permandangan yang begitu indah dan
nyaman.
Medan
ikan bakar Senibong memang merupakan salah satu lokasi wajib buat
mereka yang pertama kali ke Johor Bahru. Ini merupakan kali kedua saya
ke sini, kali pertama ketika membawa kawan saya yang bekerja di Jeddah
Arab dan itu permintaan beliau untuk memakan makanan laut disini =) Kami
seronok memilih pelbagai jenis pilihan makanan antaranya udang, ketam,
ikan kerapu, sotong, sayur kailan, telur bistik, serta pelbagai jenis
minuman sampai penuh 2 meja, walhal yang memakan kesemuanya cuma 3 orang
sahaja. Mudah cakap memang tidak larat hendak habiskan kerana terlalu
kenyang perut. Jumlah makanan kesemuanya lebih dari seratus ringgit ke
atas.
Medan
ikan bakar Senibong terletak di kawasan Permas Jaya, Johor Bahru. Ianya
merupakan satu lokasi tepi pantai dengan dihiasi permandangan
lampu-lampu berwarna-warni pastinya membuat anda merasa nyaman dan
tenang. Kebiasaannya kawasan ini bukanlah dipenuhi dengan pasangan
kekasih tetapi lebih kepada kawan-kawan, para pelancong serta jamuan
syarikat serta ahli keluarga. Kadar makanan segar disini agak mahal,
namun ianya suatu kepuasan kepada anda kerana panorama yang cantik dan
indah menjanjikan kepuasan anda ketika makan.
Malam
tadi saya dan 3 orang kawan di tempat kerja lama makan di sini, dan
kami memesan nasi lemak ayam rendang selepas kawan saya bermain futsal.
Ianya pertama kali juga merasa menu baru disitu iaitu nasi lemak ayam
rendang. Nikmat rasa nasi lemak tadi memang amat sedap sehinggakan kami
rasa tidak puas dan hendak memesan lagi satu pinggan. Cuma apabila habis
licin satu pinggan, belum sempat hendak memesan yang baru.
Masing-masing sudah merasa kenyang =) Tapi keenakan nasi lemak yang
dihidangkan tadi sememangnya amat memuaskan hati saya kerana memang
sedap rasanya tidak seperti di tempat lain.
Kawasan
letak kereta disini pada hari biasa tidak terlalu sesak dan tidak
dikenakan bayaran, tetapi sekiranya anda datang pada hari hujung minggu,
keadaan disini amat sesak dengan pengunjung yang sememangnya amat
menggemari masakan laut. Pada hujung minggu juga, untuk memasuki kawasan
ini dikenakan bayaran meletak kenderaan =) Oleh itu terpulang pada anda
untuk membuat pilihan hari yang sesuai untuk berkunjung disini.
Terdapat dua kawasan bersebelahan dikawasan disini, salah satunya amat
terkenal dengan makanan nasi lemak istimewa dan restoran sebelahnya pula
adalah restoran baru yang merupakan gabungan banyak restoran
bersebelahan. Sudah pastinya restoran yang baru itu lebih menarik, lebih
banyak menu dan ramai pelayan yang akan mengejar anda untuk memasuki
restoran mereka dan yang paling penting adalah harga juga turut istimewa
=) Terpulang pada anda untuk membuat pilihan menu.
Antara
cara untuk anda menganggarkan jumlah perbelanjaan makanan disini adalah
pastikan anda bertanya harga dahulu setiap ikan, udang, sotong dan
ketam sebelum memilih untuk dimasak. Purata harga makanan laut segar
disini adalah sekitar RM20 sehingga RM200 seekor. Setakat ini aktiviti
jalan saya di sekitar restoran makanan laut popular yang pernah saya
kunjungi di sekitar Johor Bahru adalah di Stulang Laut bersebelahan The
Zone, di Pendas arah ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan lokasi baru
iaitu di Senibong kawasan Permas. Ketiga-tiga lokasi makanan laut ini,
saya mengesyorkan anda untuk ke Senibong kerana suasana di sini amat
selesa berbanding di tempat lain. Bagi anda yang inginkan makanan laut
yang lebih eksklusif dan mahal, anda boleh berkunjung ke Danga Bay. Cuma
kebiasaannya harga makanan di Danga Bay agak mahal dan terpulang pada
anda untuk membuat keputusan kerana harga disini memang banyak perbezaan
berbanding makanan yang sama di tempat lain.
Danga
Bay kebiasaannya sesuai untuk mereka yang berpasangan kekasih dan juga
mereka yang inginkan satu taraf mewah untuk berbincang terutamanya para
ahli perniagaan untuk berbincang berkenaan projek =) Menariknya di Danga
Bay, anda bukan sahaja dihidangkan dengan makanan, malah suasana
romantik turut dihidangkan berserta dengan nyanyian kumpulan pemuzik
secara langsung. Lagu-lagu yang didendangkan amat istimewa kerana lagu
yang dinyanyikan diiringi dengan petikan gitar akustik dan penyanyi yang
bersuara lunak. Selain itu, terdapat banyak tempat hiburan seperti
keretapi bergerak, basikal, roller coaster, star cruise, taman tema mini
serta zoo mini. Tetapi untuk perkongsian jalan-jalan di Danga Bay nanti
saya kongsikan bila ada masa di lain waktu. Senibong adalah antara
lokasi yang patut dikunjungi bagi mereka yang berkunjung ke Johor Bahru,
kerana ianya satu kerugian jika anda tidak berkunjung ke sini.
Kepada
para pelancong luar negara, Senibong juga adalah merupakan destinasi
yang popular untuk dikunjungi. Pastikan anda merasakan keenakan makanan
segar disini yang pastinya menggamit sejuta kenangan anda ketika melawat
Johor Bahru. Nasihat saya kepada mereka yang ingin merasa masakan laut
segar di Senibong, pastikan anda membawa duit poket lebih kerana tiada
mesin ATM berdekatan disini, namun harga makanan disini tiadalah terlalu
mahal dan ianya bergantung kepada kebijaksanaan anda memilih makanan.
Jangan lupa untuk membuat kira-kira dahulu sebelum menunjuk makanan laut
untuk di masak. Setakat ini sahaja sedikit sebanyak yang dapat saya
kongsikan kepada anda untuk kali ini. Jangan lupa untuk berkunjung di
sini dan pastikan anda membawa kamera kerana permandangan disini amat
cantik dan indah. Sekian =)
2 comments:
best nya...xjumpa tmpat ni,,,smlm,,
lain kali la nk pi
best nya...xjumpa tmpat ni,,,smlm,,
lain kali la nk pi
Post a Comment